|
|
|
PENGENALAN KEPADA KOMPUTER
Komputer merupakan alat elektronik yang mempunyai pelbagai fungsi.
Seperti semua tahu Komputer dapat memberi pelbagai kemudahan kepada
manusia untuk menjalankan tugas. Boleh dikatakan komputer amat
diperlukan sehinggakan pengunaannya melebihi 24 jam sehari.
Berbekalkan teknologi maklumat (komputer) dan telekomunikasi yang
meluas berkembang, jadi amatlah perlu untuk kita mempunyai
pendedahan mengenai ilmu komputer untuk kita dapat menangani masalah
dengan sendiri apabila dalam keadaan yang memerlukan.
OBJEKTIF KURSUS
Di akhir kursus ini, peserta-peserta akan memperolehi pengetahuan
dan kemahiran mengenai;
-
Mengenal apa dia komputer, komponen-komponennya dan bagaimana
ianya berfungsi. Anda juga akan melakukan amali untuk membuka
dan memasang kembali komponen komputer
-
Bekerja dengan persekitaran Windows seperti mengubahsuai
desktop, screen saver dan banyak lagi
-
Bekerja dengan fail-fail dan folder di dalam penggunaan Windows
Explorer
-
Meningkatkan kecekapan komputer seperti bagaimana untuk scan
virus dan meningkatkan kelajuan komputer secara teknikal
-
Bagaimana untuk meningkatkan kecekapan menaip tanpa melihat
keyboard
-
Kepentingan Internet, Multimedia dan Telekomunikasi
|
|
|